TEMASYA SUKAN INTER-INASIS
- IDENTITY 36
- May 7, 2018
- 2 min read
Updated: May 17, 2018

Oleh: Safaat Zakaria
Emel: nursafaat10@gmail.com
SINTOK, 9 Mac- Majlis Presiden Jawantankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa dengan kerjasama Majlis Pengetua serta Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan program kesukanan iaitu Sukan Inter-Inasis yang melibatkan 14 inapan siswa. Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2018 bermula jam 8 pagi bertempat di Padang Hoki, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Peserta bagi program ini terdiri daripada Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), pembantu penghuni blok, dan wakil badan pelajar daripada setiap inapan siswa untuk menyertai sukaneka yang dianjurkan.
Program ini turut melibatkan pengetua setiap inapan siswa untuk menyertai sukaneka seperti bowling padang. Sukaneka turut dihadiri Pengarah Hal Ehwal Pelajar, UUM iaitu Dr Dino Khairi Sharifuddin.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan serta meningkatkan kerjasama antara pemimpin mahasiswa di UUM. Melalui aktiviti sebegini, pihak penganjur juga ingin meningkatkan semangat berpasukan dan memantapkan jati diri dalam setiap perserta yang hadir pada hari tersebut.
Presiden Yayasan Al- Bukhary yang merupakan penganjur program, Mohammad ‘Aqil bin Yusof menyatakan perasaan gembira kerana program anjuran Majlis Presiden berjalan lancar seperti yang dirancang. Beliau berharap tampuk barisan kepimpinan akan datang dapat meneruskan kerjasama yang utuh bagi membentuk pemimpin yang berjaya’.
JKPS Inapan Siswa Yayasan Al Bukhary, ‘Saya berasa program ini perlu dijalankan secara berterusan kerana dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin mahasiswa UUM ‘, kata Nur Emylia binti Iberahim.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ‘Zumba Dance’ yang diketuai oleh badan pelajar Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa Inasis Malaysia Airlines. Seterusnya, program ini diteruskan dengan senaman ringkas oleh Biro Hal Ehwal Siswi, MPP UUM. Setiap inapan siswa perlu menganjurkan satu program sukaneka yang perlu disertai oleh peserta pada hari tersebut.
Setiap inasis perlu menghantar wakil peserta bagi mempertandingkan setiap sukaneka yang dianjurkan oleh badan pelajar JKPS dan MPP. Antara acara sukaneka yang diadakan ialah sepak angin, baling selipar, ‘save the water’, bowling padang, ’candy flour’, mini marathon dan tarik tali.
Aktiviti- aktiviti yang dijalankan mendapat sorakan gemuruh daripada pasukan masing- masing bagi menyokong rakan- rakan yang mewakili inasis. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa sokongan yang padu dapat memberikan semangat dalam berpasukan.
Program sebegini amatlah wajar sekiranya diadakan secara berterusan untuk menyatukan setiap pemimpin mahasiswa. Hubungan dan kerjasama yang utuh daripada pelbagai pihak akan membantu membentuk sebuah organisasi yang kuat.
Comments