PENDEDAHAH KEPADA PELAJAR INASIS BSN
- IDENTITY 36
- May 7, 2018
- 2 min read
Updated: May 17, 2018

Oleh: Harshini Sandrasegar
Emel: harshini1806@gmail.com
Sintok, 01 Mac – Inasis BSN telah mengadakan Roadshow BSN A172 di Dewan Tertutup Inasis BSN, Universiti Utara Malaysia (UUM) dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.
Program ini telah dianjurkan oleh Nurul Syazziana Bt. Mohd Kamil, Exco Informasi dan Penerbitan Inasis BSN 2017/2018 serta dengan bantuan Jawatankuasa Kepimpinan Pembagunan Siswa (JKPS) dan Ketua Blok (KB) serta melibatkan pelajar dari semester 1 sehingga semester terakhir.
Program melibatkan Pengetua Inasis BSN, Tuan Haji Mohd Fairus Bin Abd Majid, 3 Felo Inasis BSN iaitu Encik Suhaimi Bin Ismail, Puan Asma Bt Mat dan Cik Rozita Bt Ramli serta Presiden Inasis BSN, Aina Hannani Bt Zainal Abidin.
Objektif program ini ialah untuk menggalakkan pelajar inasis BSN menyertai semua program Inasis, untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peraturan-peraturan Inapan Siswa yang harus dipatuhi, dan untuk memperkenalkan barisan JKPS dan KB yang akan membantu pelajar jika diperlukan.
Menurut pengarah program, pendedahan tentang peraturan-peraturan Inapan Siswa ini sangat penting untuk kita mengelakkan daripada berlakunya kes-kes yang tidak diingini.
“Masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni blok akan diselesaikan apabila pelajar melapor di pejabat, dan pelajar perlu membeli pelekat kenderaan dan pelekat barang elektrik dari pejabat,” katanya kepada pelajar oleh Pengetua Inasis.
Program ini dijalankan disebabkan kemasukan pelajar baharu setiap semester dan juga kerana berlaku kes-kes yang tidak diingini disebabkan tidak tahu peraturan inasis.
Roadshow ini berjalan ikut blok iaitu menjemput pelajar untuk hadir secara berperingkat seperti 8.30 malam – 9.30 malam Blok A dan B dan seterusnya.
“Program ini berjalan dengan lancar, ditambah pula dengan kerjasama yang diberikan oleh pelajar BSN yang terlibat sangat memberangsangkan,” katanya pengarah program ini.
Pengetua Inasis juga menekankan bahawa pelajar tidak dibenarkan untuk merayau atau ada di luar bilik selepas pukul 12 malam kerana tidak selamat kepada pelajar dan akan membawa banyak masalah.
Program ini telah diakhiri dengan sesi bergambar Bersama pelajar Inasis BSN dan Pengetua, Felo dan Barisan JKPS.
Comments