BUDAYA MALAYSIA MEMERIAHKAN BSN FIESTA
- IDENTITY 36
- May 7, 2018
- 2 min read
Updated: May 17, 2018

Oleh: Abilashini Mahendra Moorthi
Emel: abilashini961124@gmail.com
Sintok, 16 Mac- Inapan Siswa (Inasis) BSN telah menganjurkan program “The Fashion Show: Small Stage Big Talents” sempena BSN Fiesta 2018 di Pentas Utama Inasis BSN, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada jam 8.30 malam yang disertai oleh 14 orang peserta dari Inasis BSN dan juga inasis lain.
Program ini dianjurkan oleh Yogananthini a/p Rama selaku pengarah program ini dan Exco Kebudayaan dan Kesenian Jawatankuasa kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis BSN 2017/2018.
“Program sebegini tidak pernah dianjurkan di UUM dan ini merupakan pertama sekali dianjurkan dalam cara yang berkreatif”, kata pengarah program. Peserta terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia dan pelajar-pelajar dari luar negara seperti China.
Tajuk ‘Ratu Cantik Fiesta’ dimenangi oleh Amira Ain Sitam manakala tempat kedua dimenangi oleh Izzah Amira bt Wahid dan tempat ketiga dimenangi oleh Harshini a/p Sandrasegar.
Program ini merupakan salah sebuah program yang telah dianjurkan dalam BSN Fiesta. Tema Fashion show ini adalah berdasarkan budaya Malaysia. Peserta dikehendaki memakai pakaian traditional yang menggambarkan imej sesuatu kaum.
Peluang ini telah terbuka kepada semua yang berminat untuk memperagakan pakain tradisional peserta yang menarik. Bayaran sebanyak RM5 telah dikenakan kepada peserta.
Peserta-peserta dinilai oleh Tuan Haji Mohd Fairus bin Abd Majid, Pengetua Inasis BSN, Puan Asma bt Mat, Felo Inasis BSN dan Cik Rozita bt Ramli, Felo Inasis BSN. Mereka dinilai mengikut cara memperagakan pakaian dan cara berjalan dengan penuh gaya.
Para pemenang diberi hamper yang bernilai RM50 dan ke bawah. Amira telah memakai pakaian tradisional masyarakat Sabah dan Izzah memakai pakaian masyarakat Melayu serta Harshini memakai pakaian tradisional kaum India.
Untuk memeriahkan situasi, persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar yang telah menang di BSN Star telah diadakan.
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar pemenang bersama Pengetua, Felo-felo, penganjur dan para peserta yang lain.
Comments