top of page

PUSAT KAUNSELING BANTU PELAJAR LEPASI ‘3 POINTER’

  • Writer: IDENTITY 36
    IDENTITY 36
  • May 7, 2018
  • 2 min read

Updated: May 17, 2018

ree

Oleh Norshafiqah Bt Murad

Emel: pykahmurad@gmail.com


SINTOK, 20 Mac– Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Kaunseling UUM mengambil inisiatif mengadakan program ‘Towards 3 Pointer’ bagi mencapai keputusan pointer tiga ke atas dalam kalangan pelajar UUM yang melibatkan pelajar tahun pertama. Kemudian, program ini dikhususkan kepada pelajar yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.00-2.99 pada semester yang lalu.


Menurut Pegawai Psikologi Kanan, Puan Asma Mat, program ini diadakan setiap tahun bertujuan memberi motivasi kepada pelajar baru bagi meningkatkan kecemerlangan sehingga memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan akhir.


“Selain itu, saya percaya pelajar ini mampu untuk meraih keputusan peperiksaan dengan cemerlang jika pelajar atasi kelemahan-kelemahan yang mereka ada seperti penguasaan penggunaan Bahasa Inggeris yang lemah, kerap menangguh tugasan, pengurusan masa, masalah kewangan dan seumpamanya. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu tingkatkan diri dengan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi,” katanya ketika memberikan ucapan.


Terdahulu, beliau telah memberi arahan kepada pelajar untuk membentuk kumpulan kecil iaitu 1 kumpulan seramai 8 orang yang diketuai seorang fasilitator sebagai pembimbing memudahkan aktiviti dapat berjalan dengan lebih jelas dan berkesan. Pelbagai slot menarik telah disediakan oleh Puan Asma iaitu Ice Breaking, Kenali Bulatan Konteks Fokus dan Berjalan di Garis Masa.


Aktiviti-aktiviti ini bertujuan mengetahui masalah pelajar dengan lebih dekat untuk membantu menyelesaikan halangan-halangan yang mereka tempuhi sepanjang menjadi pelajar universiti. Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini juga bagi mengalakkan mereka untuk bercakap di hadapan khalayak tanpa perasaan gugup dan penuh yakin.


Beliau juga telah memperkenalkan 3 pelajar semester 6 ke atas yang turut mengalami masalah sama, keputusan yang rendah semasa tahun pertama kepada pelajar tersebut. Dengan cara ini dapat membuka mata pelajar berkenaan untuk terus berusaha mencapai keputusan yang diinginkan.


Salah seorang daripada pelajar semester 6, Wan Athirah berkata menjadi pelajar yang berjaya hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi pelbagai cabaran. Tambahan pula, perlu bijak membahagikan masa antara belajar dan penglibatan dalam program-program universiti agar menjadi seimbang.


“Semoga program ini dapat memberi imbuhan kepada pelajar-pelajar terbabit untuk membantu menaikkan pointer dan dapat merancang jadual belajar mereka dengan lebih baik” kata pakar kaunseling yang berpengalaman itu.


Program itu dijayakan di Inapan Siswa TM (Inasis TM), UUM bermula pada jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari, selain menyediakan sarapan dan makanan tengah hari secara percuma kepada pelajar yang terlibat.

Di akhir program, semua pelajar dikehendaki menyanyi lagu secara beramai-ramai yang bertajuk Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir sebagai suntikan semangat.

Comments


© 2018 by IDENTITY 36. Proudly created with Wix.com

Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

Thanks! Message sent.

bottom of page