top of page

PBS TARIK MINAT PELAJAR DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN

  • Writer: IDENTITY 36
    IDENTITY 36
  • May 7, 2018
  • 2 min read

Updated: May 17, 2018


ree

Oleh: NUR AIMAN EZZATY ASRI

Emel : aimanezzaty@gmail.com


SINTOK 9 Mac: Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Outstanding Culture Nite 2018 di Dataran Budaya, Pusat budaya dan Seni (PBS) bersempena Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawan (3K) yang melibatkan persembahan daripada pelajar-pelajar UUM.


“Program ini bukan sahaja memberi pengalaman kepada pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kebudayaan dan kesenian malah program seperti ini dapat menonjolkan bakat-bakat pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.” Kata Pengarah PBS, Huzaidy Hussain.


Menurut Pengurus Muzik PBS Mohammad Haris Abd. Azis, program seperti ini bukan sahaja dapat menerapkan minat pelajar dalam bidang kebudayaan dan kesenian malah ianya adalah satu langkah terbaik dalam menyambut seruan kerajaan bagi memartabatkan kebudayaan dan kesenian negara.


Program ini sekali gus dapat menarik minat pelajar-pelajar UUM untuk berkecimpung dalam bidang seni dan budaya. Secara tidak langsung program seperti ini dapat mempromosikan budaya-budaya yang terdapat di Malaysia ke serata dunia memandangkan pelajar UUM juga terdiri daripada pelajar antarabangsa.


Selain itu, program ini dapat memperkenalkan imej UUM melalui persembahan kesenian dan kebudayaan yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar dan kakitangan UUM. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan reputasi UUM.


Individu-individu yang mengambil bahagian dalam menyajikan persembahan adalah mahasiswa mahasiswi UUM, kakitangan UUM serta kumpulan muzik jemputan iaitu Kumpulan Band Utara dan Kumpulan Northern Sinkretik


Persembahan yang disajikan terdiri daripada persembahan nyanyian dari beberapa pelajar serta kakitangan UUM dan dua buah tarian yang yang dipersembahkan oleh Kumpulan Tarian Bidasari iaitu Tarian Harmoni Malaysia


Pengunjung yang hadir bukan sahaja terdiri dari kalangan mahasiswa UUM malah, komuniti Sintok juga menghadirkan diri bagi menyaksikan persembahan yang disajikan serta memeriahkan lagi program tersebut.


Komposer Azmeer dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Mohd Fairus Bin Abdul Majid menjadi tetamu jemputan ketika program ini berlangsung.


Pada malam program ini dijalankan, terdapat juga beberapa buah gerai makanan, pakaian, gadget dan photobooth dibuka kepada usahawan-usahawan dari luar serta pelajar UUM untuk berurus niaga. Hal ini bukan sahaja dapan membantu individu yang terlibat untuk menjana ekonomi malah dapat mewujudkan semangat usahawan dalam diri individu-individu tersebut.


Selaras dengan perasmian Outstanding Culture Nite 2018 ini, sekali gus menunjukkan bahawa segala aktiviti yang berkaitan dengan 3K telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 10 Mac 2018 dan 11 Mac 2018. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat di UUM adalah seperti Kempen Derma Darah, Malam Anugerah Seni, Pertandingan Bintang Malam Utara, Bengkel Vokal bersama Azmeer dan sebagainya..

Comments


© 2018 by IDENTITY 36. Proudly created with Wix.com

Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

Thanks! Message sent.

bottom of page