top of page

MINI ZOO DI BSN FIESTA

  • Writer: IDENTITY 36
    IDENTITY 36
  • May 7, 2018
  • 2 min read

Updated: May 17, 2018

ree

Oleh : Siti Maheerah Binti Abdul Razak

Emel : maheerahabdrazak510@gmail.com


Sintok, 16 Mac – Inapan Siswa BSN Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan pameran Mini Zoo bersempena dengan BSN Fiesta yang telah diadakan dari 14 Mac 2018 hingga 17 Mac 2018.


Pameran ini bermula pada 16 dan 17 Mac 2018 dan diadakan di tapak BSN Fiesta. Selain itu, pameran ini diadakan hanya pada siang hari sahaja kerana dikhuatiri akan membahayakan pengunjung jika zoo dibuka pada malam hari. Mini zoo tersebut terletak bersebelahan dengan Sand Art Competition.


Menurut Pengarah Program, Cik Anetha berkata “ Pameran ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar mahupun pengunjung dari luar mengetahui jenis haiwan eksotik yang terdapat di Malaysia”.


Beliau juga berkata bahawa “ Kami melihat bahawa haiwan-haiwan sebegini seharusnya dilindungi. Kadangkala, masyarakat memandang haiwan sebegini merbahaya jadi pameran ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memperlihatkan kepada mereka bahawa haiwan ini tidaklah merbahaya seperti yang disangkakan.


Pameran ini juga berbentuk santai dimana pengunjung dari luar serta pelajar UUM sendiri diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman memegang haiwan eksotik yang dipamerkan.


Haiwan yang dipamerkan adalah arnab, Guinea Pig, dan antara haiwan yang menarik perhatian adalah burung kakak tua putih ataupun namanya “White Cockatoo”, burung Nuri, ular Albino dan biawak Savannah ataupun nama saintifiknya “Savannah Monitor”. Savannah merupakan haiwan reptilia yang paling menarik perhatian kerana saiznya yang agak besar,


Pelajar UUM, Nur Afifah ketika ditemu ramah mengatakan bahawa beliau merasa sangat seronok kerana dapat melihat dan memegang sendiri haiwan yang dipamerkan. Selain itu, bayaran yang dikenakan juga berpatutan iaitu berharga tiga ringgit untuk memegang dan mengambil gambar dengan haiwan tersebut.


Ramai juga pengunjung dari luar serta tidak lupa pelajar UUM sendiri yang datang ke Mini Zoo. Di sekitar mini zoo tersebut juga terdapat gerai-gerai makanan yang dibuka untuk kemudahan para pengunjung berehat dan membeli makanan dan minuman.

Dengan melihat kehadiran pengunjung yang ramai secara tidak langsung menunjukkan bahawa objektif program tersebut tercapai. Diharapkan juga agar penyertaan yang lebih ramai diberikan oleh pengunjung serta pelajar pada BSN Fiesta yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Comments


© 2018 by IDENTITY 36. Proudly created with Wix.com

Unknown Track - Unknown Artist
00:0000:00

Thanks! Message sent.

bottom of page