PROGRAM GROW YOUR ONLINE BUSINESS 2X FAST BERJAYA TARIK MINAT PELAJAR
- IDENTITY 36
- May 7, 2018
- 2 min read
Updated: May 17, 2018

Oleh: NATASHA HANI BINTI ZAINOL HISAM
Emel: tashanii96@gmail.com
14 March, Sintok – Satu ceramah bertajuk Grow Your Online Business 2X Fast telah diadakan dari pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang yang dihadiri oleh 75 peserta. Menurut pengarah program tersebut, Nor Muhammad Ikhwan Bin Zollaili, peserta yang dijangka hadir hanya 50 orang sahaja. Namun, peserta yang mengikuti program ini adalah seramai 75 orang membuktikan program ini menarik minat ramai pelajar.
Berkait dengan objektif program ini, Ikhwan menerangkan bahawa objektif utama program ini adalah bagi mendedahkan cara untuk memulakan perniagaan atas talian (online business) dengan tepat.
“Kami mempunyai sasaran jumlah peserta yang akan hadir iaitu hanya seramai 50 orang. Akan tetapi, jumlah peserta semakin meningkat dan membuatkan kami sangat gembira. Ini menunjukkan ramai pelajar dari UUM berminat dengan program kami,” jelas Ikhwan.
Grow Your Online Business 2X Fast mempunyai empat topik yang diajar sepanjang ceramah ini berlangsung. Empat topik tersebut ialah Kesilapan Pembeli dalam Perniagaan Atas Talian, Persediaan Bisnes, Bagaimana Hendak Memulakan Bisnes dalam Sosial Media Instagram dan Facebook serta Peluang Bisnes.
Program ini adalah bawah anjuran Marketing Club dan dana untuk program ini adalah daripada kutipan yuran ahli kelab tersebut, kutipan yuran dari peserta dan juga penajaan. “Alhamdulillah dana dan tajaan yang kami terima cukup untuk menampung segala perbelanjaan untuk program ini,” ujar Ikhwan.
“Mungkin juga pelajar tertarik dengan program ini kerana yuran yang dikenakan hanya RM5 sahaja. Banyak program seperti program kami mengenakan yuran yang agak mahal dan tidak sesuai denga pelajar,” tambah Ikhwan.
Ketika ditanyakan tentang pencapaian objektif, Ikhwan berkata “Saya boleh katakan bahawa objektif kami tercapai apabila selepas tamat ceramah diberikan, ada sesi soal jawab. Ramai perserta yang tidak faham bertanya kepada saya dan saya menjawab soalannya. Saya juga ada beri soalan kepada peserta dan peserta yang dapat menjawab soalan saya akan mendapat hadiah. Respon peserta apabila saya bertanya soalan adalah sangat meyakinkan bahawa mereka faham apa yang saya sampaikan dalam ceramah saya sebentar tadi,”
Perjalanan program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran iaitu dari pukul 2.00 hingga 2.30 petang. Kemudian diikuti dengan bacaan doa setelah semua yang terlibat berada dalam dewan dan diteruskan dengan ceramah oleh pengarah program itu sendiri iaitu Ikhwan.
Comments