PEWIRAWATI INAPAN SISWA BSN
- IDENTITY 36
- May 7, 2018
- 2 min read
Updated: May 17, 2018

Oleh: Yogananthini Rama
Emel: nanthini.rama@yahoo.com
Kejayaan seorang pelajar dari Inapan Siswa (INASIS BSN) wajar dijadikan inspirasi oleh pelajar lain untuk turut meneroka kejayaan. Dengan ini, sebulat suara warga Inasis BSN mengatakan tentang usaha dan dedikasi Presiden Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) sesi 2017/2018, Aina Hannani Bt Zainal Abidin, 24, dalam mengharungi imej Inasis BSN.
Saudari Aina Hannani merupakan pelajar semester 5 Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, UUM. Beliau berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan telah bergraduasi dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dalam bidang Perniagaan Antarabangsa sebelum memasuki UUM.
Kejayaan dan Pengalaman
Kejayaan beliau juga merupakan satu kebanggaan yang tidak terhingga kepada Inasis BSN. Beliau merupakan pemenang tempat ketiga dalam ‘Innovative Business Idea and Business Plan Challenge MSU-JPP, 2015’ yang telah diterima pada 20 Januari 2016.
Beliau berkata “Jika anda ingin mencapai sesuatu, jangan ragu-ragu dan berputus asa untuk berdoa kepada Allah. Terus bersabar dan terus berdoa. Allah akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk kamu pada masa yang terbaik”. Beliau juga berkata bahawa usaha yang sempurna akan sentiasa memberi kejayaan serta pengalaman yang tidak terhingga.
Selain itu, beliau juga pernah mewakili sebagai ‘The Honourable Representatives of Government of Republic of China (Taiwan)’ di School of International Studies (SOIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam program ‘Mock Conference on International Law (UUM Model of United Nations) on Territorial Disputes of South China Seas’.
Beliau juga pernah menjadi ketua fasilitator Inasis BSN dalam Program Kesukarelawanan
Kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Matematik (PROKEM). Seterusnya beliau telah berjaya dilantik sebagai Exco Keusahawanan, JKPS INASIS BSN sesi 2016/2017. Pada tahun yang seterusnya beliau telah dinaik pangkat menjadi Presiden JKPS Inasis BSN sesi 2017/2018.
Kejayaan beliau juga dapat dilihat dengan jelas melalui program ‘Edu-Tourism Mobility: Remove The Barriers & Travel With Education’ yang telah dipengarah oleh saudari Aina Hannani. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Hatyai pada 23 November 2017 hingga 25 November 2017.
Program ini merupakan anjuran Inasis BSN.
Kejayaan beliau yang baru-baru ini ialah BSN FIESTA 2018 yang telah diadakan pada 14 Mac 2018 hingga 17 Mac 2018. Beliau merupakan pengarah bagi program ini yang telah mendapat sambutan yang menakjubkan dari pelajar-pelajar UUM. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena BSN FIESTA 2018 atas nasihat dan pengaturcaraan beliau.
Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai aspek. Beliau merupakan seorang pengacara majlis yang berkemahiran. Antara majlis yang pernah beliau acarakan ialah ‘Star of The Night DPP TM 2016’ di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.
Selain itu, beliau juga pernah mewakili mahasiswa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), UUM di Putra World Trade Centre (PWTC), Malaysia. Seterusnya, beliau juga pernah menyertai program ‘First Class Journey to Australia’ iaitu program mobiliti antarabangsa pelajar platinum ke Sydney, Australia. Program ini merupakan anjuran Pelajar Platinum Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UUM.
Pandangan pelajar
Dalam sesi temubual bersama Exco Publisiti dan Media, JKPS Inasis BSN, Nurul Syazziana, 24, Nurul Syazziana berkata bahawa Presiden Inasis BSN, Aina Hannani mempunyai kepimpinan yang terbaik disebabkan sentiasa sedia memberi panduan kepada JKPS Inasis BSN dalam setiap pengurusan tentang Inasis. Beliau juga dikatakan seorang yang sistematik serta menjadi rujukan utama setiap JKPS Inasis BSN disebabkan oleh kemahiran dan pengetahuan beliau yang sangat luas.
“Berharap kepimpinan Aina Hannani sebagai Presiden Inasis BSN dan kejayaan-kejayaan beliau dapat dicontohi oleh JKPS serta pelajar lain di UUM untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan imej diri serta imej UUM”.
Comments