BANGSA MELAYU MELAKAR KEJAYAAN MENDAPAT ANUGERAH MALAYSIAN INSTITUTE CHARTERED PUBLIC ACCOUNTANT
- IDENTITY 36
- Apr 26, 2018
- 3 min read
Updated: May 17, 2018

By: Safaat Zakaria
nursafaat10@gmail.com
TISSA-UUM adalah salah satu pusat pengajian perakaunan tertua di negara ini, yang telah ditubuhkan bersama-sama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 1984. TISSA-UUM terdiri daripada dua jabatan, iaitu Jabatan Perakaunan dan Percukaian dan Jabatan Audit dan Sistem Maklumat Perakaunan. TISSA-UUM mempunyai kekuatan 100 orang ahli akademik dan pentadbiran, TISSA-UUM bangga menjadi pusat pengajian perakaunan terbesar di Malaysia.
Pelajar yang memasuki program Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) perlu melalui proses pemilihan yang ketat dan hanya yang terbaik diterima. TISSA-UUM juga mempunyai bahagian sarjana muda yang ketara, dengan sejumlah besar pelajar antarabangsa yang mendaftar sama ada dengan kursus atau penyelidikan penuh dan peringkat Doktor Falsafah.
Tutor dalam bidang akaun, Nor Saidatul Hidayah Jannatun Naim binti Nur Ahmad atau dikenali sebagai Saidatul merupakan pelajar Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Beliau mendapat anugerah dekan untuk keseluruhan semester pada tahun 2009 hingga tahun 2013 di Universiti Utara Malaysia. Anak kelahiran Alor Setar ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti of Bristol, United Kingdom. Ketika penulis menulis autobiografi, beliau sedang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia.
Beliau telah terpilih sebagai salah seorang peserta untuk menerima anugerah Malaysian Institute of Chartered Public Accountant (MICPA). Menurut Saidatul, pemilihan tersebut dinilai berdasarkan pencapaian anugerah dekan kelas pertama pada setiap semester di setiap universiti awam di Malaysia. Setiap universiti awam dikehendaki untuk menghantar wakil bagi menyertai temuduga bagi mendapat anugerah tersebut.
Setiap universiti awam perlu mencadangkan nama yang akan menjadi wakil untuk ditemuduga bagi mewakili universiti masing- masing. Terdapat 50 orang pelajar yang telah dihantar termasuk seorang pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar berbangsa Cina dan India. Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan yang sengit antara kaum juga menjadi pemangkin kepada Saidatul untuk mencapai kejayaan.
Pada peringkat akhir, empat belas orang calon telah dipilih termasuk Saidatul untuk menerima anugerah tersebut.Beliau telah berjaya menandingi pelajar daripada universiti dan berjaya mendapatkan anugerah tersebut. Kejayaan yang diperoleh telah membawa nama Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan perakauanan yang terbaik di Malaysia. Penganugerahan MICPA turut dihadiri oleh pensyarah- pensyarah UUM yang bertempat di Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur.
Berdasarkan pengalaman beliau, kesibukan waktu belajar merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi beliau sepanjang bergelar pelajar di UUM. Saidatul memegang jawatan sebagai Naib yang Dipertua Persatuan PERKIM yang terpaksa berkorban masa dan tenaga bagi menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak universiti.
“Pelbagai cabaran dihadapi Saidatul untuk mencapai kejayaan bagi mengekalkan gred purata dalam setiap semester. Saya berusaha untuk tidak gagal dalam setiap subjek dan mengekalkan CGPA 3.5 ke atas bagi setiap semester kerana perakauanan sangat susah untuk difahami’. Beliau banyak berkorban dalam jurusan perakaunan sangat susah dan memerlukan usaha yang sangat tinggi untuk memahaminya”, kata Saidatul.
Sehubungan dengan itu, Saidatul terpaksa berdepan dengan cabaran untuk menjadi pelajar cemerlang Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accounting kerana beliau merupakan minoriti kaum Melayu yang ada dalam kursus perakaunan di UUM. Oleh yang demikian, beliau berusaha untuk menandingi kaum yang ada bagi mencapai kecemerlangan.
Kejayaan TISSA dalam mencorakkan pelajar mereka ke arah kecemerlangan telah memberikan pelbagai impak positif kepada universiti. Kursus perakaunan merupakan antara kursus yang paling melonjak naik di UUM dan sering diberikan pelbagai anugerah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelayakan bagi kursus perakaunan adalah dengan keputusan CGPA sekurang- kurangnya 3.8 ke atas.
Seiring dengan kejayaan ini, UUM merupakan sebuah institusi pengajian yang berkonsepkan universiti pengurusan tekemuka di Malaysia. Visi dan misi TISSA juga akan tercapai sekiranya semua pihak memberikan kerjasama dalam mengejar kejayaan pembangunan dalam sesebuah organisasi.
Comments